song

Loading...

Monday, August 8, 2016

sing me to sleep






Bukan mudah untuk berperang dengan diri sendiri sehingga kita menjadi raja yang mampu mengawal rakyatnya dengan baik. Diri-diri kita yang lalu apabila datang kembali akan menjadi seseorang yang asing dan mahu menguasai jiwa kita. Namun banyak-banyaklah bertenang dan memujuk diri kamu yang lalu itu untuk tunduk dan mendengar kata-kata kamu. Jangan pula membiarkan mereka menjadi raja kerana zaman mereka telah tamat dan mereka kini telahpun menjadi sebahagian dari diri kamu. Mungkin dia juga datang membawa tuntutan-tuntutan sesuatu yang membuatnya sentiasa mengejar kamu. Cubalah faham kata-kata hatinya dan melihat apakah yang belum kamu selesaikan semasa kamu menjadi dia. Barangkali ada sesuatu yang kamu tak sempat lakukan dulu semasa kamu hidup menjadi dia. Mintalah petunjuk dari Tuhan.



http://migdalgideon.blogspot.my/2013/09/aku-sedar-kami-adalah-bonekamu.html





wahai Shakti bonda kami...
sakitnya aku dengan dunia ini

No comments:

Post a Comment