song

Loading...

Saturday, August 20, 2016

ilusi dan masa



aku harap semuanya berjalan lancar
teruskan, jangan berhenti!
jika kau takut untuk menghadapi esok
aku mohon pejamkan mata kau buat sebentar
katakan pada dia apa yang ada di hadapan itu semuanya ilusi

ya, ilusi…ilusi…ilusi


buka kembali mata kau
masa, kau harus bersabar dengan masa!
satu peristiwa ke peristiwa yang lain berpaksikan masa
semua ini adalah perlu untuk kau mengenali diri kau sendiri!

jangan tergesa-gesa
hadapi semuanya dengan tenang, sabar…
kau sangka kau sedang menuju destinasi terakhir
tahukah kau sebenarnya apa yang ada di penghujung itu?
kita hanya bersangka-sangka
apakah kau benar-benar yakin?

bagaimana jika di penghujung itu adalah permulaan untuk permainan kehidupan ini bermula semula, ia tidak berhenti berputar, berulang-ulang?

Jadi jangan menyeksa diri sendiri, jangan tergesa-gesa hadapi semuanya dengan tabah, sabar, tenang. Aku umpamakan kehidupan ini seperti bawang. Lalu kita kupas kulit luarnya, kita lihat lapisan yang seterusnya, lalu kita kupas lagi, dengan bersangka ada isi atau ada sesuatu yang akan kita temui. Rupa-rupanya, lapisan demi lapisan itulah isi dan dirinya. Jika kita kupas hingga lapisan yang terakhir, apa yang tinggal? tiada apa-apa. KOSONG.

wahai jiwa-jiwa yang ingin bebas, nikmatilah alam ciptaan Tuhan ini. Hargailah langit yang cantik luas, biru, saujana mata memandang. Jadilah hamba yang bersyukur. Syukur itu katanya boleh disama ertikan sebagai menghargai. Ya hargai segala yang Tuhan beri, walau sekecil mana sekalipun pemberian itu, hargai.

Tuhan ada bersamamu, jika kau lelah dengan manusia dan segala makhluk ciptaan Nya, kembalilah pada Dia. Kembali pada yang satu itu. Semuanya bermula dari Dia. Tidak ada pengantara di antara kau dan Dia. Tiada. Adukan semuanya pada Dia. 

Ya, seperti aku, aku malu untuk berkata-kata pada manusia. Aku malu untuk bertemu dengan segala yang dikatakan sebagai makhluk ciptaan Nya. Apa lagi meminta bantuan mereka. Lalu aku hanya berbicara dengan Dia. Dia ada pada permulaan ku, Dia ada pada pengakhiran ku. Segala kisahku, duka, tawa, Dia ada menemani aku di setiap detik waktu.

Tuhan, aku cuba menghargai makhluk2Mu semampuku. Maafkan aku, segala kekuranganku, segala keterbatasan diri aku. Aku tahu…aku mengerti…maafkan aku kesayanganku.

p/s: apabila dia berbicara
aku, yang sewel ini pun terdiam ahahaha
serius, betul watak yang ini ya….aish..senyum, ilusi dan masa

No comments:

Post a Comment