song

Loading...

Tuesday, June 14, 2016

Jalil Ibrahim




recently i read about this case
sad -____-!!

who is the mastermind behind it? hurm
feel like punching their face 
-emo- 

maybe all of them already died
because of aging

hurm
but we can learn from them
don't be corrupted like those devil





Assalamualaikum. Coretan pagi Jumaat 10.6.16
Masih ingat skandal BMF 1983? Masa itu saya berada dalam tahun 3 bacelor di UPM. Tiba2 negara dikejutkan dengan berita pembunuhan Jalil Ibrahim di Hong Kong. 

Arwah Jalil berada di sana untuk mengaudit hal kewangan Bumiputra Malaysia Finance (BMF) iaitu anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BBMB masa itu punyai banyak wang sebab menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas. 

Ia merupakan jaringan bank terbesar dalam negara waktu itu. Ia kemudian membuka cawangannya di Hong Kong atas nama BMF dengan tujuan untuk menjadi international player dan mendapatkan lebih keuntungan untuk negara. Ini satu hasrat yang baik.

Pengerusi BMF ini ialah Lorraine Esme Osman. BMF telah meluluskan pinjaman demi pinjaman kepada sebuah syarikat bernama Carrian Group. Syarikat ini diterajui George Tan. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang bermasalah. 

Akhirnya pinjaman yang diluluskan semakin bertambah hingga mencecah RM2.5 billion. BBMB menghantar pegawai tingginya yang berwibawa lagi jujur bernama Jalil Ibrahim untuk mengaudit bagaimana aliran wang yang begitu banyak boleh berlaku. 

Tiada siapa rakyat biasa di Malaysia pada waktu itu sedar bahawa wang kita sedang dicuri malaon2 ini. Sehinggalah berita mengejutkan sampai ke Malaysia bahawa Jalil dibunuh dan mayat nya dijumpai dalam sebuah kebun pisang di Hong Kong.

Arwah berasal dari Melaka, meninggalkan seorang balu dan 4 anak yang masih kecil. Barulah Malaysia jadi kelam kabut siasat sana siasat sini. 

George Tan ditangkap, Lorraine ditahan di London, hitman yang bunuh Jalil bernama Mak Foon Kam ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup di Hong Kong, dan beberapa orang lagi yang bersekongkol dipenjarakan. 

Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan “Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.

Dan kita telah kehilangan RM2.5 billion pada waktu itu. Serik kah kita? Belum. Kerana tidak lama selepas itu kita berdepan pula dengan skandal Perwaja Steel yang dikaitkan dengan kerugian sebanyak RM2.56 bilion.

Projek keluli syarikat Perwaja ini menghadapi masalah pengeluaran. Apabila dah rugi banyak kerajaan membawa masuk Eric Chia untuk memperbaiki keadaan pada tahun 1988. Awalnya nampak macam berjaya. Malangnya sehingga 1995 jumlah kerugian meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih. Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion. 

Malah, Tun Mahathir sendiri telah mengaku kepada umum pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion dalam dialog dengan rakyat Malaysia di London di mana beliau juga mengakui terdapat penyelewengan pelaburan dan salah urus dana dalam Perwaja. Rugi lagi.

Kesemua skandal yg menyebabkan kita kehilangan banyak wang negara (atau wang rakyat?) ini berpunca daripada rasuah dan salah guna kuasa. 

Apabila orang yang diberi amanah untuk bekerja telah pecah amanah. Ini orang yang tak takut balasan Allah. Apakah orang Melayu saja yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ini? Tidak. Masyarakat Cina juga dikejutkan dengan kes Pan El dan Multipurpose Holdings yang melibatkan Tan Koon Swan pada tahun 80an dulu. Masyarakat India pula dikejutkan dengan kes Maika Holdings juga sekitar lewat 80an dulu. Sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh surf internet. Banyak maklumat di sana. Saya tak mahu sentuh kes penyelewengan Pan El dan Maika sebab nanti ada yang sensitif tuduh saya rasis. Baca sendiri. 

Saya lebih berminat sentuh penyelewengan dan rasuah di kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan yang terdiri daripada orang Melayu sebab mereka beragama Islam dan Islam sangat keras mengharamkan rasuah. 

Jumlah kerugian yang begitu banyak sepatutnya sudah membolehkan kita memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia dari tadika hingga ke ijazah bacelor di universiti. Tapi apa yg berlaku? 

Yang berlalu sudah berlalu. Ada yang sudah dihukum di dunia. Yang terlepas akan dihukum di akhirat. Lagi teruk. Marilah kita berdoa semoga dijauhkan daripada amalan terkutuk ini. Marilah kita mendidik diri dan anak cucu kita supaya tidak terpalit dgn amalan buruk ini. In sha Allah...


link
r.i.p Jalil Ibrahim

No comments:

Post a Comment