song

Loading...

Friday, June 24, 2016

...

katanya tidak semua perlu diberitahu
berkata yang penting-penting sahaja

jadilah seperti apa mahumu
dan biarlah aku jiwai diriku
kamu adalah kamu
aku adalah aku
titik.

aku seperti orang gila disini dalam kesunyian aku, kadang-kadang aku ingin menulis tanpa henti
meluah semua yang terbuku dalam hati, menemani diri aku sendiri, di sini semuanya bermula dan
di sini juga semuanya berakhir.

aku cuba merungkai misteri-misteri hidup, sengsaranya perasaan aku, ah persetankan sahaja.
kenapa kau menulis tanpa rasa, sakit jiwaku membaca aksara-aksara yang tidak punyai jiwa
hidupkah atau matikah kau ini?

sengsaranya bila aku membaca penulisanmu, kenapa jadi begitu? kenapa semuanya jadi kaku
kenapa hanya sedikit yang hidup jiwanya? kenapa?

ya, semuanya bukan salah kamu, bukan juga salah aku, habis siapa yang bersalah??

sifat dan wajah kau tidak pernah berubah
dan aku didalam cerita rekaan ini amat membenci watak yang kau mainkan
rasa seperti ingin aku tikam, tikam, tikam dada kau dengan pisau belati
kemudian baru aku boleh tersenyum puas

aku mahu jantung itu berdegup dan punyai hati nurani dan berfungsi dengan baik
ya kau punyai jantung yang berdegup tapi hati nurani kau tiada disitu..arghhh bencinya
sama sahaja seperti jantung yang mati, jadi biar sahaja aku hentikan degupan palsu itu.

hurmmmm
ya, aku benci kau
titik.

.........................................................................................................................................................


ternyata, cahaya itu lebih aku hargai dari kegelapan yang menyelubungi.
memujuk hati, tidak apa teruskan hidupmu buat satu hari lagi, senyum.

jika kau tanya...
hurm...
apa ya soalan kau? oh ya
bagaimana keadaan diriku? adakah aku bahagia, gembira?

wahai sejati kenapa kau bertanya soalan yang telah kau punyai jawapannya
kau mahu mengejekku, mempermainkan diri aku? ya aku tidak mahu pulang kesana

rajuk aku masih belum terpujuk, aku mahu bawa diri, dan pencilkan diri aku

perasanya aku bila kau berkata-kata

jadi jika kau sudah terjaga dari tidur yang panjang, jangan kau usik diriku, rahsiakan sahaja diri mu
jika kau mahu menemani aku, berada sahaja disitu, jangan kau berkata apa-apa pun!
kerana sakit sekali perasaan aku saat ini, rasa seperti ingin mati tapi tiada kematian ahahahahahaha

jadi, sudah kau tahu kenapa sering saja aku menangis? hobi...ya ia hobi baruku setelah aku tahu siapa diriku.

jangan guna sekali pun segala sisa-sisa kejahatan keatasku
hati aku terlalu rapuh saat ini
untuk pandang wajah kau pun aku tidak mampu.....
aku benci wajah itu...dan kau pula sayang pada aku??

aku lihat gadis itu sedang mencantum/menyusun kembali hati kristal/kaca yang berderai seribu
terketar-ketar tangannya menyusun, satu demi satu, asyik sekali, tekun sekali dia dengan perkejaannya
jangan kau ganggu dia!!!


p/s: dah kenapa pula hari ni jadi jiwang nih
kau marah sapa pulak
adoyai..
susah betul hidup dengan dunia ghaib nih -____-!!!
cerita kartun sokmo dia tulisnya...ok the end

No comments:

Post a Comment