song

Loading...

Tuesday, November 13, 2012

Asal Kejadian Manusia


video

Allah why am i crying?
Allah why am i lost?
Allah why did i stop?
please tell me

God where have i come running from?
God where am i running to?

God i had no place to live i couldn't find one
God i don't know if i could have any hope for the future..

Allah they always said i was a strong child
Allah i feel really awkward and i can't understand your sign
Allah i had try but i still can't understand
Allah why all the prophet left us...

Allah i was born alone i'll go on living alone...

Allah please watch over me
when i couldn't treat myself right it was not me at all
but i know you have always understood me
thanks for this life

(Qurratul 'Ain)

....................................................................................................................................................
Allah...i see a lot of your sign but i need more...
i see your sign in their heart
but i need more...
i heard they said...: i wonder where they found those word...

"part of me, sometimes i think, that maybe long before we were born we shared one life.
because even when our bodies are apart it feels like our hearts are side by side.
i always hear a voice calling my name "please don't cry anymore, i can feel your love".

"at some point i realised that we were born apart and because of that we probably feel incomplete
as we pray for the same happiness, we're carving the same wound into our heart"

"i'll keep calling so that you never forget....

(Inao Hiedeki)
................................................................................................................................................

my friend...this wonder voyage still long ways to go
will you be with me?

we're on the journey to find happiness
see, a smile really suits you

these beautiful, fragile days are reborn

how many times have i gotten lost?
I wonder if we are all travellers with wounds that can't be healed
whenever i did , the one who extended their helping hand
was all of you

What will we think at the end of this long journey? 
I wonder if we are all travellers searching for love 
Let's go together, until we've had enough 


...................................................................................................................................................
i wonder...

video


 i had no place to live i couldn't find one
 i don't know if i could have any hope for the future...
ibasho ga nakatta mitsukarakatta
mirai ni wa kitai dekiru no ka wakarazuni


video

can i cry as much as i want to? until my tears wither away
can i shout loudly? until my voice wither away...
nakitai dake naite mo ii? namida karete shimau kurai
oogoe de sakende mo ii? koe ga karete shimau kurai


video


...................................................................................................................................


ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Allah telah menjadikan manusia dari dua unsur iaitu insan jasmani dan insan nafsani/insan rohani. Menurut al-Quran, unsur awal kepada kejadian manusia adalah dari tanah dan air kemudian Allah telah meniupkan Roh-Nya ke dalam jasad Nabi Adam yang merupakan manusia pertama yang diciptakan.
( Akhlak dan Tasawuf Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin, 1992)

            Dari tanah dan air terciptanya jasad atau tubuh badan manusia dengan segala kelengkapan dan diistilahkan sebagai insan jasmani. Unsur kedua iaitu Roh yang ditiupkan oleh Allah ke dalam insan jasmani tadi telah mewujudkan insan nafsani. Insan nafsani (al-Nafs al-Insan) adalah hakikat manusia yang sebenar ia bersifat ghaib dan  mengisi insan jasmani yang bersifat zahir. Hubungan di antara kedua-duanya adalah diibaratkan seperti pemandu dengan kenderaan. Apabila kedua-duanya terpisah insan jasmani akan melalui fasa kehancuran iaitu kematian manakala insan nafsani akan terus kekal abadi bagi menjalani fasa yang seterusnya iaitu alam barzakh sebelum beralih ke peringkat hidup yang terakhir iaitu alam akhirat.

Menurut Syeikh Qadir Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar 2008:

Apabila ruh ataupun insan nafsani berada di dalam jasad (insan jasmani) ruh telah lupa pada hari perjanjian awal di alam Lahut (tempat semua ruh diciptakan) yang ia telah berjanji akan taat dan patuh pada Allah sebagai Pencipta. Disebabkan ruh-ruh telah melupakan perjanjian dengan Allah, maka Allah dengan sifat Ar-Rahman telah menurunkan kitab-kitab samawi (al-Quran, Zabur, Taurat, Injil melalui perantaraan para Nabi dan Rasul bagi mengingatkan kembali ruh-ruh ini atau manusia untuk mengenali hakikat dirinya; dari mana asalnya, ke mana kesudahan mereka, apakah matlamat dari kewujudan mereka, dan memberitahu kekurangan dan kelemahan agar mereka dapat melawan para musuhnya (syaitan)yang sentiasa berusaha agar ruh gagal dalam tugasan yang sebenar hingga membawa kepada penyesalan di alam akhirat yang tidak dapat ditebus walaupun dengan seisi dunia sekalipun.
(sirrul asrar, syeikh Abdul Qadir Jailani, terjemahan K.H Zezen Abidin Zayadi Bazul Asyhab 2008)

            Insan nafsani/ruh adalah hakikat manusia yang sebenar dimana beriman kepada Allah adalah hidup dan ketenangannya manakala kufur pada Allah adalah kematian dan penderitaannya. Insan nafsani memiliki dua jenis fitrah semulajadi iaitu fitrah semulajadi kepada ketaqwaan dan fitrah semulajadi kepada kefajiran/kejahatan menepati dengan diri manusia yang diciptakan berbeza dari malaikat dan syaitan. Ia mempunyai potensi untuk bersifat seperti malaikat ataupun syaitan kerana ia mempunyai naluri syahwah, naluri marah, naluri berakal.

            Naluri syahwah yang dipanggil keinginan ia merupakan naluri yang lahir bagi memenuhi keperluan semulajadi insan jasmani yang memerlukan makanan, pakaian, tempat tinggal, pasangan hidup bagi mengekalkan keturunan manusia. Apabila manusia berlebihan dalam memenuhi tuntutan naluri syahwah ia akan membawa kepada kehancuran kerana gelora syahwah yang dikenali sebagai al-Hawa atau hawa nafsu ini tidak akan pernah mengenal erti kepuasan.

            Jika diri insan nafsani telah dikuasai oleh al-Hawa ia akan menghasilkan sifat bahimiah (kebinatangan) lalu dicampur dengan naluri marah (al-Ghadab) kemudian syaitan akan membisikan segala hasutannya kepada naluri akal insan nafsani yang akhirnya menghasilkan sifat-sifat syaitaniah seperti tipudaya, hasad, dendam, penipuan, kufur, mengumpat, mencela dan seumpamanya. Sepanjang hayat manusia sentiasa dipengaruhi dengan sifat-sifat ini dan hasutan dari syaitan jika tiada usaha untuk membersihkan jiwa maka sifat bahimiah dan sifat syaitaniah yang akan menguasai insan nafsiah.  

            Jadi dapat disimpulkan dari penulisan yang ringkas ini bahawa jiwa yang bersih akan menghasilkan akhlak mahmudah/mulia manakala jiwa yang kotor akan menghasilkan akhlak yang buruk. Jika dilihat pada era ini telah berlaku begitu banyak peperangan dan gejala sosial semuanya adalah berpunca dari hawa nafsu yang tidak dikawal, ia adalah penyakit hati yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN JIWA

“Adakah kamu melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai Tuhan? Allah membiarkannya sesat kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya), menutup pendengaran, hati dan penglihatannya. Oleh itu, siapa yang memberikan petunjuk melainkan Allah? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” (Surah Al-Jaatsiyah:23)

“Sekiranya kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasa langit dan bumi serta semua yang ada didalamnya” (surah al-Mukminun, ayat 71)

            Allah telah berfirman bahawa di dunia ini terdapat manusia yang menjadikan nafsu sebagai Tuhan. Maka Allah menjadikan mereka sesat disebabkan perbuatan mereka sendiri. Allah menutup pintu hidayah hingga mereka menjadi pekak, tuli dan buta untuk kembali kepada tujuan asal penciptaan kelak mereka akan menjadi penghuni neraka. Mereka melakukan kerosakan di atas bumi ini tanpa rasa bersalah kerana insan nafsiyah berada di peringkat nafs al-Ammarah iaitu sehina-hina nafsu yang tercela ia hanya menyuruh kepada kejahatan semata-mata.

            Rasulullah menerangkan “Ketahuilah sesungguhnya jalan menuju ke syurga itu di kelilingi dengan pelbagai kepayahan dan ketahuilah sesungguhnya jalan menuju ke neraka itu dikelilingi dengan pelbagai keinginan syahwat. (Riwayat Muslim)

 “Allah menjadikan mati dan hidup bagi mengetahui siapakah yang lebih baik amalannya”
(surah al-Mulk:2)

TINGKATAN BAGI SIFAT INSAN NAFSANI

Bagi memudahkan kita untuk memahami faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan jiwa. Penelitian terhadap tingkatan sifat insan nafsani  perlu ditelusuri kerana segala kerosakan jiwa yang berlaku adalah disebabkan insan nafsani yang belum mencapai tingkat kesempurnaannya seperti kata Syeikh Qadir Jilani di atas insan nafsani yang terdapat dalam insan jasmani telah terlupa pada tujuan penciptaannya hanya melalui perantaraan ajaran para Nabi dan Rasul dapat mengingatkan kembali mereka tentang perjanjian mereka dengan Allah, kerana itu di atas dunia ini terdapat golongan kafir dan golongan muslim kerana insan nafsani telah terlupa.

            Nafsu Ammarah adalah diri insan nafsiyah dalam peringkat terendah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai “Nafsu”. Pada peringkat ini nafsu hanya mendorong kepada kejahatan, ia bersifat degil, angkuh, sombong sejak dari permulaan penciptaannya ia menolak Allah sebagai Tuhan sehingga ia dibakar dalam neraka selama tujuh ribu tahun. Tetapi nafsu adalah seperti kuda liar apabila dapat dijinakkan ia akan memberi manfaat bagi pemiliknya.

            Nafsu al-Lawwamah iaitu nafsu yang mencela segala kejahatan yang ia lakukan. Setiap perbuatan dosa yang dilakukan akan menimbulkan penyesalan ia berbeza dari nafsu ammarah yang tiada langsung kekesalan.

          Nafsu al-Mulhimah iaitu diri insan nafsiah sentiasa yang diilhami oleh para malaikat kepada jalan kebenaran walaupun tidak kesemua ilham itu dapat dilaksanakan kerana diri nafsani sewaktu ini masih terikat dengan naluri syahwah. Diri insan nafsani dan hati menjadi tempat pertarungan antara lintasan malaikat dan lintasan syaitan. Kuat atau lemahnya lintasan itu bergantung pada mujahadah manusia untuk menentang hawa nafsu dan mempergunakan akalnya bagi memikirkan kebenaran Allah dan ayat-ayatnya.

            Nafsu al-Muthmainnah pula dimana insan nafsani telah mencapai taraf lebih sempurna hasil tazkiyah dan mujahadah nafsu yang dilakukan. Ia telah terhindar dari maksiat lahir dan batin malah telah mencapai ketenangan. Ketenangan dan kedamaiannya bukan sahaja dinikmati oleh dirinya tetapi turut dirasai oleh orang sekeliling.

            Nafsu al-Radiyah, diri insan nafsani telah mampu mendiamkan syaitan yang berada di dalam dirinya dan Allah telah menurukan ‘al-Sakinah’ (ketenangan) tetapi diri itu masih berasa bimbang dan merasa diri belum diterima oleh Allah.

            Nafsu al-Mardiyah diperingkat ini diri insan nafsani telah merasa dirinya diterima oleh Allah dan rasaan itu adalah pemberiaan Allah sebagai ‘Busyra’ dari Allah kepada hamba-Nya yang diredai semasa mereka masih hidup di dunia ini. ( Akhlak dan Tasawuf Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin, 1992)

“Ingatlah auliya' Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
(surah Yunus:62)

Kesemua peringkat nafsu itu perlu dilalui bagi mencapai nafsu mardiyah dengan melatih diri(mujahadah) meninggalkan keinginan nafsu walaupun terasa susah serta istiqamah melakukan kegiatan ruhaniyyah/ibadah dengan tujuan mencapai redha Allah serta bersih dari riya (ingin dipuji orang lain) dan sum’ah (mencari kemasyhuran). 

Proses ini dikenali Tazkiyah al-Nafs. Dari segi maknanya yang umum tazkiyah mengandungi makna pembersihan, penyucian dan penyuburan. Tazkiyah merupakan satu usaha yang gigih bagi membuang sifat yang rendah dan tercela yang disebut Takhliyah; kufur, nifaq, riya’, hasad, cintakan dunia, bakhil dan melatih diri dengan sifat-sifat mulia yang disebut sebagai Tahliyah; ikhlas, sabar, syukur, tawakal, mahabbah, reda.  
( Akhlak dan Tasawuf Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin, 1992)


Menurut Minhajul Abidin oleh Imam Ghazali terdapat empat halangan yang menghalang manusia dari istiqamah dalam beribadat iaitu manusia sibuk dengan dunia ataupun mencintai dunia (hub al-dunia) hingga tiada masa untuk mengingati akhirat. Ia dapat diatasi dengan zuhud iaitu meninggalkan rasa cinta kepada sesuatu yang bersifat keduniaan bukan bererti meninggalkan terus segala hal dunia dan menumpukan pada akhirat kerana Allah telah memerintahkan manusia agar menyeimbangkan di antara keduanya. Erti meninggalkan dunia adalah tidak merasa cinta kepada perkara dunia yang dimilikinya seperti harta, isteri, anak hingga menyebankan ia lalai daripada mengingati Allah. Setiap manusia memerlukan kepada makanan, pakaian, tempat tinggal, pasangan hidup, sifat zuhud adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu mendekatkan diri pada Allah.


            Halangan kedua adalah sentiasa sibuk dengan manusia hingga tiada masa untuk mengingati Allah. Ia dapat diatasi dengan melakukan uzlah dari semasa ke semasa. Kita perlu mempunyai ruang untuk bersendirian dengan Allah iaitu dengan menjauhi manusia dan jauhkan diri daripada perkataan sia-sia apabila berada dikhalayak ramai dengan mendiamkan diri. Pada zaman ini sehingga waktu solat di masjid masih terdapat gangguan dari deringan telefon hingga masa yang diperuntukkan hanya sebentar untuk Allah terganggu sedangkan jika bermesyuarat sesama manusia telefon bimbit akan ditukar kepada “silent mood” apalagi jika perjumpaan itu adalah dengan Allah.

            Halangan ketiga adalah dengan syaitan yang merupakan musuh manusia sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Syaitan melakukan pelbagai perkara untuk menyesatkan anak Adam kerana ia telah bersumpah di hadapan Allah bahawa sehingga kiamat ia akan mengarah bala tenteranya dari pelbagai penjuru untuk menyesatkan manusia sehingga manusia masuk ke neraka bersama-sama dengannya. Cara mengatasinya adalah dengan sentiasa mengingati Allah dan memohon perlindungan dari tipu daya syaitan.

            Halangan yang keempat adalah hawa nafsu dan cara mengatasinya adalah dengan tazkiyah nafs seperti membaca al-Quran dengan memahami tafsirnya, melakukan qiyamulail, berpuasa atau makan        sedikit, dan beruzlah (mengasingkan diri) dengan menjauhi perkataan sia-sia dan memilih diam apabila berada di khalayak ramai.

“Sungguh nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku...” (Surah Yusuf:53)

.................................................................................................................................................
p/s: i'm sorry i can't write in english..still bad in it..this writing is about the human origin through
sufism perspective 
p/s:  i love all of you cause of Allah



video

No comments:

Post a Comment