song

Loading...

Saturday, March 24, 2012

...bye..bye

http://airmiey.blogspot.com/2011/10/mathurat-di-hatiku.html

Jom, pergi melawat sahabat saya yang ini...insya Allah di dunia dan akhirat...

bye..bye...
^_^.

Mood silent right now/ nak berdiam pula...

love all of you because of Allah

but...i want to read a lot of book...

Al-Kahf:90


Juzuk : 15Surah : AL-KAHFISurah No. 18Verse No. : 90
 
Profile of the Surah: RqrMainE
Al-Quran Translations in Bahasa Malaysia
Translation by Ar-Rahman
CalligraphySurah
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
 
Al-Quran Translations in English Language
Translations by Abdullah Yusuf Ali
Until, when he came to the rising of the sun, he found it rising on a people for whom We had provided no covering protection against the sun.
 


link

artic pole or  south pole hehe?

Atlantis?

^_^. Atlantis at last hehe 
here here

part of Yemen...think..think 
but Alhamdulillah, at last human is not from monkey
bye...bye


THURSDAY, MARCH 22, 2012
Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad



Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan.

Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy).

Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar.

 Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS.

Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk.

Jadi apa pilihan kamu? Penemuan Arkeologi di Kota Iran Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam. Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini.

Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman.
 Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20. Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu? Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.
Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut. Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M.

Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut. Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir". Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .

 Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)


...............................................................................................................................
Friday, 23 March 2012
Towards a Greater Objective...

The sun shines on every tree…
Yet few grow tall. Some don’t
Here, the trees cannot blame the Sun for showing partiality.

The trees should not compare with others and feel depressed.
Instead it has to find its own strengths.
Each tree has to find its own objective and lead life towards it.

A cactus cannot shred tears for not being as majestic as banyan tree.
Instead it should feel proud that it is the only plant that grows in a desert!
It has to feel proud about what it can do rather than shed tears for what it cannot do.

The nexus is…
Never blame others in case of any failure.
Don’t compare yourself with others and feel small about yourself for no reason.
Understand that nobody is perfect.

Find the purpose of your life.
Strengthen your best and work on your weakness.
Walk on the path which you think suits best to you.

Don’t walk because your peers are walking through it.
Lead a life which you think suits you the best.
But, never sacrifice morale.

And, never once suspect your capability…

Celebrate life…
Don’t become like a tree that blames the Sun…
That feels bad for not being tall…
For not giving the sweetest of the fruits or the best smelling flowers…
Never feel devastated that you are not extending shade to others…

Because…
Your purpose is not the same as others…
Your life has something else in store for you…
Your destiny is different from others…
You cannot be everything…

After all…
You are a human with limitations….
Focus on your objectives…
Feel content that you are what you are…

Wednesday, March 21, 2012

ulama

http://genta-rasa.com/2012/03/13/secebis-kisah-orang-berilmu/




SECEBIS KISAH ORANG BERILMU…

13MAC
Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”
Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”     
Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.
Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.
Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!
Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.
Sering kali mereka menjawab ‘wallahuaklam’ pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu. Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi ‘pendengar’ ketika selalu berperanan sebagai ‘penutur’ tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.
Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.
Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal… tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!

Tuesday, March 20, 2012

Missing




Siti Nur Fatihah is not missing... here
...........................................................................................................................................
I was born in Seoul, South Korea.
When I was 5 I was taken away from my mother. I didn't know what to think at that time. I was adopted to the family that I now reside with. I love them deeply. This song reminds me of my mother. I do not remember much but I know that she is safely tucked away into my heart and as I am in hers.
She was 19 when I was born. I am now 19 and this song always makes me tear up. Never forget the ones who love you, they mean the most. ❤


im a big big girl in the big big world
is not a big big thing if you leave me
but i do do feel, but i do do will
miss you much miss you much

i can see the first leafs falling
it's all yellow and nice
it's so very cold outside
like the way im feeling inside

outside is now raining
and tears are falling from my eyes
why did it have to happen
why did it all have to end

i have your arms around me
warm like fire
but when i open my eyes
your gone...

......................................................................................................................................
i wont cry im telling you that i wont cry
and even if i do, it's not because of you
i promise you that i wont cry

i wonder why happiness is the reason in all
all my dream and expectations are turned into dust

so hurt and defenseless i am left here on my own
and im so scared that i miss you
so afraid of being alone

you cant't hurt me anymore
a line of tears from my eyes
this is over now forever
it is time to say
goodbye


................................................................................................................................................

sahabat: tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut jadi noktahnya,
             kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang 
             lain biarpun tanpa bayangnya..
             Love & Miss you!!

me:        i love you ^_^. because of Allah dan saya harap dapat duduk bersebelahan kamu
             dekat akhirat nanti.

sahabat: SubhanAllah...layakkah  diriku berada di sisimu, sahabat...? kerana diriku 
             terlalu hina dan kerdil... 'alakullihal...moga kita dipertemukan di Sana jua..amin.

me: amin...^_^.
.......................................................................................................................................
sahabat2: andai aku menjadi tanah, sudi tak kamu jadi bunga yang tumbuh
               di atas tanah itu? dalam maksudnya..

me:          nak, boleh, ambil mineral, air, nanti berbunga-bungalah saya hehe

sahabat2:  : ) tapi, susah juga awak nak hidup dekat tanah kering...
                apatah lagi berbunga

me:           Allah turunkan salji dekat gurun, lepas dia cair, kawasan padang pasir jadi subur,
                saya la bunga yang tumbuh dekat situ, lepas tu, banyak lagi bunga tumbuh dekat
                situ, tapi sayang kullu man 'alaiha fan. wa yabqa wajhu robbika zuljalali wal ikrom.

sahabat2: dan manusia itu diciptakan suka membantah...sayang kan, : (

me:          hehe, sifat semula jadi tu, tergesa-gesa, cepat putus asa, tapi Allah Maha Pengampun
               lagi belas kasihan dekat hamba-hambaNya ^_^.

sahabat2: Kita je yang tak kesian pada diri sendiri, senang kata, zalim, sampai bila
                tak tau? : (

me:          insya Allah, Allah tahu hamba dia nak berubah jadi lebih baik, walaupun sikit-sikit,
               hal jaza' ul ehsani illal ehsan ^_^.

sahabat2:  (T_T)

Monday, March 19, 2012

Repentance

http://hikari2211.wordpress.com/2010/05/06/adik-ill-be-waiting-for-you-t_t/
Adik…,
tersangatlah rugi apabila seseorang itu terpilih untuk diberi hidayah oleh Allah,
and then she/he just walk away like nothing happened.
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”    (9:39)
Allah dah bagitau kita awal2 dik,
kalo kita jual mahal and taknak membela agama Dia,
Dia bukan sahaja akan mengazab kita dengan azab yang tak ter’imagine’ sakitnya,
malah dia akan gantikan kita dengan orang lain.
Dan Dia sedikitpun tidak rugi dengan ‘pelarian’ kita.
Sebaliknya, kita yang rugi….
Dan di akhir ayat itu Allah ingatkan kita yang dia Maha Kuasa terhadap tiap-tiap sesuatu.
Dia Maha Kuasa terhadap diri adik, terhadap kecintaan adik, dan segala apa yang ada pada adik…
Takde apa yang ada pada diri kita ni kan dik,
kalo Allah dah tak suke kita….
Adik…,
bila hidayah datang menyapa,..
ia perlu dijaga, dibaja dan disiram agar menjadi akar kuat yang boleh menyokong ‘pembesaran’ kita..
jangan buat endah tak endah..
jangan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,..
takut-takut Allah dah tak pilih kita untuk kali kedua…
takut-takut kita mencabar kemurkaan Allah…
Adik………..,
nak mandi ke taknak nih?..
papepon akak ade je kt sini…
kalo adik nak akak terjun sekali and tarik adik pon akak tak kisah…
akak rela…
sebab akak sayang sangat kat adik..
sayang yang taktau dah nak cakap cane… (T_T)
Adik,…..
tiada orang yang sempurna…
semua orang ada kisah silam kelam masing-masing…
tapi bukan itu yang Allah tengok…
Allah nak tengok sama ada kita berusaha untuk membersihkan sisa-sisa lumpur tu,..
atau kita terus selesa berendam dalam kedinginan dan ‘kewangian’ lumpur tu..
Adik,..
jom mandi?
-akak-
*’pelarian’, ‘pembesaran’..?papelah…mintak maap saya memang kurang vocab~


Kita sentiasa akan berhadapan dengan pilihan.
Dan membuat pilihan bukan satu perkara yang mudah.
Ia disertai dengan kerisauan  atas segala kemungkinan-kemungkinan,
dan harapan,
serta ragu-ragu.
Tapi jangan takut akhwati,
Kerana selagi mana pilihan itu dibuat untuk redha Allah,
InsyaAllah segalanya jadi mudah,
macam magic! (hehe)
-yang takut-takut-dan-sedang-menyedapkan-hati-sendiri-
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

bukankah hati kita telah lama menyatu?
dalam tali kisah persahabatan Ilahi...
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata mesti kita kan terpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali  : )


Friday, March 16, 2012

Psychiatry 2

http://aurisshaira89.blogspot.com/2012/03/result-obsession-disorder.html



Result Obsession Disorder

Assalamualaikum!


Alhamdulillah Rabu lepas dah habis exam Psikiatrik. Ini satu-satunya exam yang buat serentak OSCE dan Mini OSCE exam pada hari yang sama, yet antara satu-satunya exam dalam sejarah hidup saya yang rasanya paling happening. Kenapa happening? Sebab ini kali pertama jumpa rotation yang mostly semua doktornya (semua ye SEMUA) semua sangat supportive dan sempoi dalam exam OSCE dan mini OSCE. Sampai rasa balik exam nak terus sujud syukur banyak-banyak sebab happy sangat. Alhamdulillah... Markah belakang kira, insyallah kheir.

Hari-hari terakhir di dawam Psikiatrik di Irbid, saya lebih banyak berhadapan dengan patient yang bermasalah hati, bukan akal. Kebanyakan dari mereka sangat-sangat normal bila dipandang dari sisi luaran dan saya tidak pernah menyangka yang rupanya mereka sebenarnya sedang terbeban dengan masalah dalam diri yang sangat menekan. Kadang-kadang terasa seperti saya sedang berada dalam dunia kaunselor.

Antara yang saya ingat adalah seorang pesakit lelaki yang datang ke klinik kami dengan ibunya. Dia berusia 21 tahun. Sihat dan tiada apa yang abnormal. Cuma riak wajahnya sahaja seakan kelabu semacam. Usai bersapa-sapa, kami mulakan rutin biasa mengambil history daripadanya.

"Syu sor ma3ak?" (Apa masalah yang kau hadapi?)

Lalu dia bercerita. Mula-mula ok. Tenang. Tapi nampak macam takut-takut nak cerita yang betul. Lepas dipujuk dan diasak supaya senang kami memberi yang terbaik untuk masalahnya, akhirnya dia membuka rahsia. Bersungguh-sungguh dia bercerita sampai termenangis-nangis. Malah si ibu yang di sisi pun menangis sama, patah hati barangkali nampak anak jadi begini.



Dia depress. Amat-amat depress. Sampai pernah rasa nak bunuh diri. Rasa macam mati lagi baik dari hidup. Hanya semata-mata kerana DIA TAKUT GAGAL FINAL EXAM DAN TAK DAPAT GRAD.

Terkaku kami dengar. Iya lah, kami pun takut juga gagal exam tapi takdelah sampai nak mati. *gulp*

Obsesinya terhadap kesempurnaan sangat melebih-lebih. Dia mahukan segalanya perfect. Lantaran itu bila terasa pelajarannya makin susah apabila menghampiri fatrah akhir semester, dia mula tak keruan. Dia selalu membayangkan seandainya dia gagal dan seandainya masa depannya sangat gelap.

Bila kami selidiki sejarah hidupnya, rupanya obesi kesempurnaannya bukan sekadar ini. Dia memang cepat risau, sampai boleh kami katakan hingga ke tahap paranoid. Dia tak banyak berkawan. Kalau berkawan dengan kawan di universiti pun takdelah sampai keluar jalan-jalan sekali lepas sekolah. Lebih suka duduk rumah. Tak suka pergi tempat awam yang ramai orang dan cepat berprasangka dengan orang yang tidak dikenali. Semuanya bermula bila dia pindah ke Jordan yang dibenci.

Lagi kronik bila dia anak tunggal yang mana anak tunggal ni mostly problemnya selalu dapat apa yang dia nak. Maka bila dia tak dapat something, dia depress. Depress sejak kecil. Dan nampaknya tahap ke-depress-an sekarang makin teruk sampai teringin nak mati apa yang diingini takut tak tercapai.


Adeh la hai.. Kesiannya awak... Nasib baik datang klinik psikiatrik awal, at least kita boleh kasi ubat sikit untuk kurangkan depression selain nanti awak kena gak ikut session psychotherapy untuk kuatkan diri sendiri.

Patient yang lagi seorang seingat saya haritu juga lebih kurang begini. Depress teramat sebab apa yang dihajati tak kesampaian. Nak tahu apa yang dia nak? NAK KURUS. Ini lagi kronik sebab mungkin sebab lambat sedar yang psychology-nya dah terganggu, dia baru dihantar ke hospital sakit jiwa dalam keadaan dah mula berhalusinasi dan banyak kali cuba bunuh diri. Isk3.


Selain dari patient-patient yang depress kerana impian yang terlampau tinggi ini, saya juga banyak kali berhadapan dengan patient yang mempunyai masalah WAS-WAS. Was-was dalam banyak sangat benda. Nak kunci pintu ke belum, dah tutup gas ke belum, air wuduk sempurna ke belum dan macam-macam lagi. Tapi biasanya mereka yang was-was ini selalunya datang bila kehidupan dah makin terganggu dengan was-was yang dihadapi - dah tak boleh tidur lena sebab was-was sangat, dah tak lalu makan sebab was-was macam-macam dan sampai ada yang depress kerana was-was yang selalu berkeliaran dalam minda mereka.

Kasihan kan mereka semua ini? Bila jumpa mereka dan dengar kisah-kisah hidup mereka, saya rasa simpati sangat-sangat. Tak tahu macam mana nak nasihatkan selain dari procedur klinikal biasa. Bagi saya, rasanya kebanyakan masalah mereka ni adalah kerana terlalu mahukan kesempurnaan tanpa mengira batasan dan limit diri sendiri (except yang was-was tu lah, tapi rasanya was-was tu pun kalau kena cara, insyallah boleh elak)

Tak salah untuk kita nak kan kesempurnaan dalan hidup. Tapi bila dah sampai terlalu tinggi dan terlalu merisaukan diri sendiri, benda tu sebenarnya sangat bahaya. Pertama sebab bila selalu sangat risaukan impian tu, kita jadi mempersoalkan diri sendiri. Lepas tu mulalah kita nak push diri sendiri over the limit. At the end, kalau tak berjaya mulalah masing-masing bermasalah. Badan bermasalah, hati bermasalah, kepala bermasalah, hidup bermasalah. Dan paling teruk bila dah tak tahan, mula terfikir mati lagi best.


Kalau kita sedar masalah yang kita tengah hadapi tu adalah masalah, ok lagi sebab boleh jumpa doktor cepat-cepat minta tolong. Tapi kalau jenis yang tak sedar diri tu bermasalah tu macam mana? Ha... Tu yang paling amat-amat bahaya.

Sebab itu antara treatment terbaik untuk orang-orang yang bermasalah obses dengan kesempurnaan ini adalah support sekeliling selain psiko-terapi dan ubat. Famili, kawan-kawan, dan orang-orang sekeliling kena main banyak peranan. Kalau perasan ada sesiapa yang berkeadaan macam ni, cepat-cepat bantu sebelum jadi lagi kronik. Tak kisah la bantu macam mana pun, yang penting kawal sebelum dia depress teruk.

Untuk diri kita sendiri (dan saya jugak), saya nasihatkan jangan terlampau push over the limit. Kenal keupayaan diri sendiri takat mana. Kalau ada masalah, sebaiknya jangan simpan sorang-sorang. Share. At least mungkin ada sesiapa yang ada cara yang lagi baik dari cara kita untuk mendapatkan benda yang kita nak tu. Serius, ni penting! Kalau asyik nak simpan sorang, memang tak dijamin hati boleh tahan lama.

Dan satu lagi yang saya rasakan sangat penting adalah jaga hubungan dengan Allah. Nak tak nak, kena juga cari keyakinan bahawa Allah boleh selamatkan kita dalam apa jua keadaan. Even bila gagal sekali, kena tanam dalam diri juga bahawa Insyallah Allah takkan sia-siakan kita dekat dunia ni. Lambat ke cepat ke yang penting kita kena selalu ingatkan hati kita bahawa Allah itu ada. Itu kekuatan hati yang paling utama.

Saya?


Saya pernah dengar tentang hidup pelajar perubatan khususnya yang sangat mencabar. (semua course stressful rasanya). Dan saya tahu kesahihannya bila dalam rotation psikiatrik dan family medicine, saya memang dihidangkan dengan kajian-kajian saintifik dan statistik pelajar perubatan adalah antara penghidap depression yang kronik. Dan lagi meyakinkan adalah apabila saya sendiri menemui kes pelajar perubatan terdekat yang depress dalam hidup.

Tapi bagi saya, setiap hari saya akan cuba kawal diri sendiri supaya jangan terlalu obses sampai depress. Bohongla kan kalau nak kata hidup pelajar medik adalah syurga. No. No. Tapi saya juga tak berapa setuju kalau nak kata hidup pelajar medik adalah neraka. Oh, tidak sama sekali!

Saya rasa keadaan hidup ni seronok atau tidak adalah terletak pada tangan kita. Kita yang tentukan sendiri. Kalau teruk mana pun hidup kita, bila hati kita selalu boleh bertahan dan yakin semuanya ok dan biasa insyallah yang teruk tu takkan rasa teruk mana. Yang penting, optimis! Itu yang saya selalu genggam. Dan seperti biasa, motto hidup saya "Put Your Trust In Allah". INsyallah, everything will going to be fine.  SMILE !=)


Mungkin juga saya patut bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang memahami. Truthfully, saya juga pernah melalui fasa 'I'm the best and I'm must be the best'. Tapi sejak masuk sekolah berasrama penuh bila tingkatan empat, semuanya hancur punah. Bila dikenangkan, yes saya pernah rasa saya worthless waktu itu. Study lah kuat mana pun, takkan berjaya juga dapat nombor satu. Memang depress.

Tapi waktu itu, saya bersyukur sangat-sangat bila mama dan abah selalu memahami. Abah memang dari dulu suka saya bersaing dalam pelajaran dan sejak kecil memang saya ditanamkan semangat untuk sentiasa 'be no 1'. Tapi sejak di SBP tu, saya perasan abah tak strict macam dulu. Abah selalu je juga still suruh jadi 'the best' tapi abah lebih tekankan untuk 'just do the best'. Resultnya selepas tu kita serahkan pada Allah, asalkan kita dah usaha sehabis yang kita mampu. Kalau teruk, usaha lagi lepas tu. Kalau bagus, alhamdulillah dan cuba kekalkan selain naikkan lagi kalau boleh. That's it. Enough for everyone.


Dan sejak itulah saya sendiri dah mula belajar kawal diri supaya jangan sampai terjatuh ke kawasan larangan 'depression sebab study'. Atau apa-apa je la impian dalam hidup. Jangan sampai depress bila nak fokus untuk dapatkan impian kita. Alhamdulillah, saya telah sampai ke saya ke sekarang. Dan I'm proud to say thatalhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Ada benda yang saya dah berjaya dan ada benda juga yang saya masih gagal sampai sekarang, but I'm not going to let it ruined my life. Never.

Saya tak akan kata bahawa ini adalah contoh terbaik. Tapi saya selesa apabila masing-masing kita tahu bagaimana cara terbaik untuk menangani stress bagi diri masing-masing. Yang paling penting, saya cuma berharap agar tiada sesiapa di sekeliling saya yang bakal menjadi salah seorang pesakit depression kerana stress dalam hidupnya. Believe me, lebih baik belajar menghindarinya lebih awal daripada baru nak berubah bila dah terperangkap dalam jejaring depression yang menyesakkan.

Maka, tenang-tenanglah selalu ya...

 Allah s.w.t.  pesan:



“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”[Qaf : 16]

Ma'asalamah =)

Live a Life that Matters

I WANT HAPPINESS
Take away your selfishness - I
Take away your desire - WANT
What are you left with?


Ready or not, some day it will all come to an end.
There will be no more sunrises, no minutes, hours or days.
All the things you collected, whether treasured or forgotten, will pass to someone else.
Your wealth, fame and temporal power will shrivel to irrelevance.
It will not matter what you owned or what you owed.
Your grudges, resentments, frustrations, and jealousies will finally disappear.
So, too, your hopes, ambitions, plans and to-do lists will expire.
The wins and losses that once seemed so important will fade away.
It won't matter where you came from.
It won't matter whether you are beautiful or brilliant.
Even your gender and skin colour will be irrelevant.

So what will matter?

What will matter us not what you bought, but what you built.
Not what you got but what you gave.
What will matter is not your success, but your significance.
What will matter us not what you learned, but what you taught.
What will matter is every act of integrity, compassion and courage,
or sacrifice that enriched, empowered or encouraged others to emulate your example.
What will matter is not your competence, but your character.
What will matter is not how many people you knew,
but how many will feel the lasting loss when you are gone.
What will matter is not your memories,
but the memories that live on in those who loved you.
What will matter is how long you will be remembered and for what.

Living a life that matters does not happen by accident,
It happens by choice.

Take care and be well.