song

Loading...

Saturday, September 24, 2011

bidadari syurga dihadiahi dua pemuda syurga…


Taman Syurga yang indah menghijau, itulah Raudhah…

aku…aku mahu menjadi si bidadari syurga yang tabah, setabah Maryam Al-Azra bonda Isa a.s yang tercinta. aku pasti yang Dia tidak pernah meninggalkan aku, aku tidak akan sesekali menyesali dengan taqdir yang menimpa diri ini, aku tahu ini adalah tarbiyahMu buat diri hamba yang kerdil ini, aku gagahi juga perjalanan ini dengan harapan Kau sentiasa memandang diri hina ini. Engkau juga telah menghadiahkan aku dua hambaMu yang suci, kuucap syukur dan pujian buat diriMu, Pencipta yang aku rindui dikala malam mahupun siang.

Ujian itu datang menimpa-nimpa ke atas diriku, aku kehilangan seorang ayah sewaktu umurku baru 12 tahun, ibu pula jatuh sakit sejurus peristiwa itu, ibuku yang tercinta ditimpa penyakit strok. aku benar-benar hidup di dalam kemiskinan, hingga aku terpaksa menjual kuih di waktu pagi dan petang bagi menampung kehidupanku, aku benar-benar kehilangan tempat pergantungan. aku punyai seorang abang yang berada di tingkatan tiga, mungkin disebabkan kemiskinan yang menyelubungi kehidupan kami, dia telah tersalah memilih jalan, dia berkawan dengan seorang pemuda yang merupakan ‘pusher’ pengedar dadah. Jadi hanya tinggal aku seorang untuk membantu ibu. aku cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa belajar dan menguruskan rumah, kerana tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan UPSR, aku ingin mendapat keputusan cemerlang. Di sekolah aku merupakan diantara pelajar harapan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Tapi semua itu hanya angan-anganku, perancangan Allah itu pasti mengatasi perancangan hamba yang kerdil ini. Malam itu aku keluar dari bilikku, aku terlihat abang sedang hayal mencucuk dadah ke lengannya, bukan abang seorang saja di situ, terdapat  lagi seorang rakannya. aku terasa amat takut, kerana padangannya amat menjekelkan. aku terdengar dia berkata kepada abangku

“Cantiknya adik kau, boleh aku rasa sikit!!!” aku tersentak apabila abangku membenarkan kawannya itu. Malam itu aku telah diperkosa…

Apabila abangku tersedar dari dunia khayalannya, dia amat terkejut melihat apa yang terjadi pada aku, dia bertelingkah dengan kawannya itu. Akhirnya abang menikam manusia yang telah merampas maruahku  itu sehingga mati. Akibat dari perbuatan itu abang telah dipenjara.

Walaupun semua itu amat memilukan hati aku, aku perlu meneruskan kehidupan ini. Pagi dan petang aku menjual kuih dengan mengayuh basikal walaupun waktu itu kandungan aku telah sarat. Ya aku telah hamil. Peristiwa yang amat pedih menyayat hatiku, meragut kejayaan, yang aku impikan selama ini. aku tidak dapat mengambil UPSR, puas aku merayu pada cikgu, tapi balasannya aku di hina dikeji, kata cikgu aku budak jahat. Menitis air mataku mendengar tohmahan itu.

Apabila tiba saat-saat kelahiran anakku, tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan, kecuali seorang jiranku yang baik hati, aku melahirkan dua orang anak kembar yang comel, kedua-duanya adalah lelaki, aku melahir mereka dirumahku, bukan di hospital. Kedua-duanya adalah penyejuk hatiku.

Aku ingin setabah bonda Maryam Al-Azra…Apabila anak-anakku telah berusia 2 tahun, aku bawa mereka ke kubur insan, yang memalitkan sejarah hitam dalam hidupku…Ku katakan pada kedua-dua anak yang menjadi penyejuk hatiku

“Faris Luqman, Aqeel Luqman, inilah kubur ayah…” aku tidak mahu anak-anakku sunyi dan tertanya-tanya  di mana ayah mereka, biarlah mereka mengenali insan itu.

Aku memohon pada Allah agar menjadikan kedua-dua anakku, hamba-hamba yang dicintai oleh Khaliq…
……………………………………………………………………………………………………
ok…nanti-nanti Macedonia edit balik cerita ni…mata tak berapa sihat…tapi nak tulis jugakkk…supaya Macedonia insaf..dan  ingat selalu pada Allah…bye…ringkas habis… tq tomodachi..




Friday, September 9, 2011

Wardina Saffiya



\






Wahai hamba ingatlah satu, dari NamaNya Yang Mulia, Al-Wadud (Cinta)
....................................................................................................................................................................


Kisah seterusnya..

HUMAIRA ADAWIYAH

“Kenapa persoalkan hijab saya, kenapa? kenapa anak yang tinggal solat, tak dipersoalkan, anak yang solat diakhir waktu, anak yang tidak sempurna menutup aurat dengan sempurna..Kenapa ayah tak persoalkan…”

Humaira Adawiyah terus terdiam, malas dia bertikam lidah. Hatinya terasa sedih yang amat, ada bersama keluarga tetapi, seolah-olah orang asing. Dia cuma ingin melakukan sunah itu, terasa ingin menitik air matanya di dalam kereta Mercedes itu. Hari itu ibu dan ayah ingin membawa Humaira ke pantai dan bersiar-siar di kawasan, yang tidak jauh dari kampus tempat pengajian Humaira. Humaira diam saja, tidak banyak bercakap.

“Humaira, makan la sikit, ibu bawakan lompat tikam untuk awak..” pelawa ibu Humaira.

Humaira Adawiyah..terdiam…dia berpuasa sunat hari itu…

“Ibu, sekejap lagi ye saya makan, maaf ye bu, jom kita pergi ke gerai tu..”

(Gerai pisang goreng)

Kebetulan di situ ada bayi perempuan, sedang dikendong oleh ibunya, Humaira Adawiyah terpandang sekilas pada bayi tersebut…bayi perempuan tersebut tersenyum manis padanya… 

tapi Humaira tidak pernah mahu memegang bayi, dia takut, jadi dibiarkan saja bayi itu, dan dia sibuk memilih pisang goreng.. Sementara ibunya Humaira, mengacah bayi tadi…tapi bayi itu langsung tidak tersenyum..malah mata itu tidak lepas memandang pada Humaira…

“Humaira Adawiyah, sini kejap..” ibunya memanggil

“Kenapa?” kenapa ibu suruh ke situ… Humaira menapak ke tempat ibunya berada.

Bayi perempuan itu terus tersenyum…

“See, this baby girl, give a smile, tapi dia tak nak senyum pun dekat ibu, puas dah mengacah tengok ni…”

Ye, pelik betul baby ni, bila aku pandang senyum, bila ibu yang tengok dia, terhenti senyum…

“So mom, you have to wear this hijab too” Humaira Adawiyah berseloroh dengan ibunya

Sebenarnya hati Humaira Adawiyah sangat terubat, dengan senyuman bayi tersebut, kerana dia berasa sedih dengan teguran ayah dan ibunya, berkenaan hijab. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu, wahai bayi yang putih tanpa dosa, sungguh aku mencemburui kamu…
………………………………………………………………………………………………………

(nantilah Macedonia…susun semula watak-watak dalam cerita ni..Macedonia mula menulis bukan2, yang buruk tu buang la, yang jernih ambil) 

Monday, September 5, 2011

The Memoir of Yura Hiedeki

^_^ the main character in Kazeyuki... (The Mystical Girl)



Dear friends, welcome back to my blog…. ^_^.

I’m really sorry, I can’t continue to write Kazeyuki/angin salji right now…just wait ^_^ , dear friend, if you look for love within you, and you can’t find…please don’t stop, you may find it one day… Maybe at a place you’ve never expected…

Dear friend, I know how you feel, but I want you to pass this journey by yourself, and I’ll watch you from far. I’ve choose Islam, to be my religion…I’ll wait for you… don’t be too prejudice to Islam. I believe in Jesus, and he was sent here for a message of love…but… nowadays Christian..



video




video



NUR YURA HIEDEKI AL-KHAWARIZMI

Who is Nur Yura Hiedeki Al-Khawarizmi? She is very important person in my life. Sure, I will broad her secret in this line of story, about her life story… The person that I love the most after God and Messenger… she passed away on the last day of winter, at 25 years old. She give me her diary, on her last day, perhaps I would share the whole of her diaries and anything that I know about her. She is my inspiration on how I have to accept this life.

Characteristic:

She wears niqab when she was 19 years old, and she finish remembering Quran  when she was 21 years old, before the winter ends. I could say she is vegetarian, the important is, she just only drink honey for the rest of her life. Only take 2 years to remember the whole Quran, November 20... She can speak 6 language fluently France, Arabic, Eng, Japanese, Chinese, and Malay. She fasting every day, never left tahajud, witir, and dhuha prayer. She like to pray with jamaah in the mosque, she said, she search for calmness there in the God’s House. Every day she would sholawat to Messenger our Prophet Muhammad s.a.w 1000 time, or perhaps more than that. She goes to Mecca when she is 21, many great event come at that age, but… truly she die in the war, and was buried in Medina, all her dream is fulfill. She didn’t watch television or anything because, she want to focus on her study, she said, she doesn’t have enough time, many thing she want to do but, she had a limit of time.

Name                                            : Yura Hiedeki
Gender                                         : Female
Race                                              : Mixture Japanese-British-France, (New York)
Birth                                             : Gunma, 29/9/….
weight                                          : 38kg
height                                           : 151cm
Country                                        : New York (traveler: world)
Religion                                       : Islam (Convert)
Skin                                              : Pure White
Hair Color                                  : Black
Pupils                                          : Dark Black
Food                                            : Honey
Drink                                           : Pure Water
Ability                                          :Arch, Swim, Horsewoman, Sword woman (Shinkasen)
Status                                           :Single (work for mysterious agencies)

SOMEWHERE I BELONG

When this began I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
I was confused and I let it all out to find
That I’m not the only one person
With these thing in mind inside of me

But all the vacancy the words revealed
In the only real thing that I’ve got left to feel
Nothing to lose
Just stuck hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

I want heal, I want feel what I thought was never real
I want to let go of the pain I’ve got held so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I want heal, I want to feel
Like I’m close to something real
I want to find something
I’ve wanted all along somewhere I belong

And I’ve got nothing to say I can’t believe
I didn’t fall right down on my face
I was confused looking everywhere
Only to find that it’s not the way
I had imagined it all in my mind
(so what am I)

What do I’ve but negativity
Cause I can’t trust no one
By the way everyone is looking at me
(nothing to lose)
nothing to gain
I’m hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

I’ll never know myself
Until I do this on my own
Cause I’ll never feel anything else
Until my wounds are healed
I’ll never be anything
Till I break away from me
I’ll break away
I’ll find myself today
^_^ the answer is within you... or...
Time flows
The stars flow round
People flow away
Tears flow - where do they go?

You can't grab anything with trembling fingers
We meet again, entwine, and are unable to be reborn

Though you cry yourself hoarse
And tear your body to shreds
Though you keep searching for the exit
You succumb to the love that blooms in the night and are unable to escape the moebius
Sorrowful access
Broken endless
Hearts still entwined
The whereabouts of a period with no destination
This sad moebius keeps repeating

In the wind, my promise
In the sea, my wish disappears
Life goes to the sky
My heart falls - where does it go?

My eyes fade, unable to find anything
This yearning, this pain, I long for you

A torn necklace
An un withered secret
Your manicure is dyed the color of tears
Dance in vain, embraced by the frozen moonlight
Sorrowful access
Broken endless
Hearts still entwined
The whereabouts of a period with no destination
This sad moebius keeps repeating 

............................................................................................................................................................
Are you sure, with this statement:  muslim are terrorist…
adakah umat Islam betul2 pengganas,agama keganasan,merendahkan martabat wanita, agama sempit…
then look here...

 Berita Utusan Malaysia m/s 27 sabtu 12 Jun 2010

Vatican City 11 jun-

Pope Benedict XVI merayu mangsa2 pencabulan seks gereja agar memaafkan dosa paderi-paderi terlibat, sambil berjanji untuk 'melakukan apa saja yang perlu' bagi memastikan tidak berlaku sebarang kes rogol atau cabul lagi pada masa depan.

Rayuan Benedict adalah serupa dengan ulasannya sebelum ini, namun kali ini lebih simbolik kerana ia dibuat pada perhimpunan besar di Dataran St. Peter, yg di hadiri 15000 paderi berjubah putih, bagi meraikan tamatnya Tahun Paderi Vatican, tahun yang dicemari pendedahan beratus-ratus kes cabul oleh paderi, penyembunyian  kes di beberapa negara dan kelembapan Vatican bertindak...

'dosa segelintir paderi terdedah kerana mencabul anak kecil"

"Kami tidak henti2 meminta keampunan Tuhan dan daripada orang yang terlibat, dan pada masa yang sama berjanji untuk melakukan apa saja bagi memastikan pencabulan tidak berlaku lagi???!!!!"

Beliau mengadakan penemuan tertutup dengan mangsa cabul paderi di Malta April lalu, yang mana dia dilihat bercucuran air mata mendengar cerita mangsa..
.................................................................................................................................................................
But these event not only happen in this millenium age... Please read this book





sorry I can’t found for English Version.,...i use to copy back the story from my mom’s book, but didn’t finish it yet... so i search it and  i’ve found in scrib... 


(ok,  I made a promise to share this, then this'll be the last thing...^_^ tomodachi)

‘a novel based on a comparative study of Islam and Christianity’
...............................................................................................................................................................
(yeah i know, this is not protestant, maybe orthodox or Chatholic)

Mengabaikan dunia dan pengorbanan diri oleh para rahib sangatlah dituntut dalam agama Kristian. Jadi paderi dan rahib terdiri daripada orang yang telah membuang dunia. Untuk capai keselamatan mereka mesti menderita kesusahan dan menyeksa diri. Rahib perempuan, ikut jejak Mary (ibu kepada Jesus), hidup tanpa berkahwin. Tapi masalahnya, mereka tidak dapat pertahankan kesucian. Rahib dan pemimpin-pemimpin agama berlaku curang dan rahib perempuan sering kehilangan kesucian. Sebab ada sistem pengakuan dosa... rahib lelaki apabila tidak mampu mengawal nafsu, mereka akan mengadakan hubungan seks dengan ibu dan saudara perempuan (kemudian buat pengakuan dosa, dosa itu diampunkan???)....Kebanyakkan mereka hidup dalam kehinaan. Sejarawan Eropah pernah menulis tentang tengkorak bayi yang dijumpai di dalam tangki sekolah rahib perempuan bila tangki itu di cuci. Bayi di campakkan ke dalam tangki itu untuk menyembunyikan perbuatan di luar nikah.....

(I can’t accept this...)

“Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama merupakan satu kutukan/penghinaan/laknat dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?”

“Apa yang kamu maksudkan, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Adakah mereka menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?”

Menurut pendapat aku, apabila hukum-hukum agama itu satu kutukan dan Jesus datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan maka pencurian,penzinaan, penderhakaan kepada ibu bapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian, meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu.”

“Bagaimana boleh pencurian, penzinaan dikaitkan kepada hukum-hukum agama yang menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham.”

Di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahawa kita tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orang tua dan lain-lain lagi. Tetapi apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan/laknat/penghinaan, maka mematuhi perintah-perintahnya  juga merupakan satu kutukan, kerana perintah-perintah  itu sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jika yang dikatakan oleh Saint Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain. Tetapi seperti kita, apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknati dan orang-orang Kristian yang menentang dosa-dosa ini pula dapat dihukum kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama.”

Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian dia bertanya lagi. “Saint Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, betulkah begitu, bapa?”

“Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada kutukan itulah Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib.”

“Jadi jelaslah sekarang bahawa hukum-hukum agama itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan/laknat itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya dan kemudian dia disalib.” Isabella mengulanginya, kemudian dia menyambung. “Kalau begitu bererti mematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan jugalah, bapa?”

“Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang sepatutnya daripada mengikut hukum-hukum agama adalah lebih baik mengimani Jesus Kristus, kerana hukum-hukum agama hanya sah berlakunya sehingga Tuhan Jesus belum disalib.”

“Jadi bolehlah kita mencuri?”

“Apa ada kaitannya dengan hukum-hukum agama? Anakku. Sebelum kau membuat pertanyaan fikirlah dulu masak-masak, kerana kalau ada orang lain yang mendengarnya, mereka akan mengatakan kau ini anak yang bodoh.”

“Maafkan saya, bapa,” ujar Isabella sambil merendahkan suaranya. “Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang baru bapa katakan, adalah hukum-hukum agama. Salah satu daripadanya ialah kita tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita tidak boleh menderhakai ibu bapa kita. 
Semua perintah ini masih menjadi bahagian daripada ‘hukum-hukum agama’ yang menurut Saint Paul merupakan satu kutukan/laknat. Jadi, mematuhi Firman-Firman Perjanjian Lama ini, tidak mencuri, tidak berzina,tidak menganiayai ibu bapa ialah sesuatu yang dibenci dan kesemua hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan/laknat.”

“Anakku,” kata bapa Isabella, “Kau sebenarnya belum begitu faham betul tentang kedudukan hukum-hukum agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu ke dalam kepalamu dan syaitan manakah pula yang menyebabkan kau ragu-ragu begini?”

“Anakku,” katanya. “Kau telah tahu benar bahawa orang-orang Islam itu ialah ‘orang-orang kafir’ dan sentiasa menentang agama suci kita. Mereka mengkritik kitab-kitab suci kerana fikiran mereka telah dihasut syaitan.”

Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya untuk melihat reaksi dari keterangannya itu. Kemudian dia menyambung. “Kau anakku patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar percakapan mereka itu lagi. Mereka orang-orang Islam itu tidak beriman dan selalu menghina  agama orang lain. Tahukah kau anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang tidak berdosa, sesudah itu mereka paksa pula agama mereka itu kepada kita. Aku tahu, tentang kecaman-kecaman yang telah kau dengar dari orang-orang Islam itu, kalau persoalan itu daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku membersihkannya. Tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?”
...................................................................................................................................................

Dosa yang dilakukan Adam hukumannya dikenakan kepada semua anak cucunya dan seluruh umat manusia menanggung beban dosa itu. Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasar kebenaran? Sebagai pembalasan terhadap dosa semua pembuat dosa, orang yang tidak berdosa dikenakan hukuman dan disuruh pikul beban dosa itu. ‘Putera Tuhan’ turun ke bumi lalu disalibkan.

(Sangat tidak adil, dan tidak dapat diterima oleh akal, kenapa perlu semua manusia menanggung dosa yang mereka tidak pernah lakukan, dan kenapa perlu menyalib orang yang tidak berdosa)

Kemudian kita bincangkan pula tentang kesucian Jesus, tentunya menurut Kitab Injil. Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami bahawa Jesus itu Tuhan dan hanya dia saja dapat memerdekakan manusia daripada dosa. Apabila semua ini dapat dijelaskan maka tuan mesti buktikan pula bahawa Jesus benar disalib dan kerana semua dosa manusia dia telah tinggal selama tiga hari di dalam neraka.

Mendengar hujah Umar Lahmi itu Peter paderi tua itu kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan suatu dalihan. “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang ghaib dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ‘Roh Kudus’ dan tidak semestinya pula bahawa suatu yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah menganggap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak tertuju kepada semua bentuk hukum agama.”

“Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau tidak mencuri, tidak berzina, tidak mengganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi.

“Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama,” kata Peter membantah. “Cuba dengar. Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikuti Firman-Firman Perjanjian Lama[1].”

“Iaitu untuk untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikuti Perjanjian Lama juga,” kata Umar Lahmi. 

“Kalau sudah memang demikian keadaannya, mengapa pula tuan menimbulkan perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ‘Putera Tuhan’? Iaitu mengapa ada Penebusan Dosa rekaan ini apabila Perjanjian Lama perlu diikuti? Apakah perlu  mengikuti Firman-Firman Perjanjian Lama sesudah Kristus menebus dosa?”

“Kami tidak tahu apa-apa,” jawab Peter dengan suara perlahan. “Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikut Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa.”

“Jadi, Nabi Musa(Moses), Nabi Daud(David), Nabi Sulaiman(Solomon), Nabi Yusuf, Nabi Noh(Noah)  dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya. ‘Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.”

“Sebelum kedatangan Jesus jalan keselamatan satu-satunya ialah dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus  telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa,” jawab Peter.

(ini petikan dari buku tersebut “Isabella”)
...................................................................................................................................................

Jesus (Isa a.s) Joseph(Yusuf a.s) Abraham(Ibrahim a.s) David(Daud a.s) Jacob (Yaakub a.s/Israel a.s)
Moses (Musa a.s) Noah(Noh a.s) Mary(Maryam a.s) John (Yahya a.s)…. Rasul (Messanger)

aliran apa? Roman Catholic Church… Protestan Church… Eastern Orthodox Church… atau gereja-gereja persendirian..

(Macam yg saya cerita dekat atas tu,… mestilah Katolik… sebab Protestan,  rukun peribadatan(sacraments)dia, hanyalah Sacrament of Baptism dan Eucharist)

yang ada upacara pengakuan dosa,dalam gereja ada patung Jesus disalib dan patung Mary, pope tu semuanya, katolik… yang protestan tak ada semua tu…

Setiap aliran mengaku merekalah yang benar, hingga ada yang menganggap aliran yang berlainan dengan mereka sebagai agama lain.



Keith Ward: “These Churches, however may sometimes be so far apart in belief and practices that they may seem like different relegions”

(Gereja2 ini kadangkala sangat jauh dari sudut kepercayaan dan amalan seolah2 mereka adalah agama yang berlainan) petikan dr Christianity, a short introduction (oneworld oxford, England) 2000, m/s 6.




Perpecahan dalam aliran Kristian bertentangan dengan sabdaan Jesus…





Kitab John 17:21, mengungkap doa baginda ke hadrat Ilahi: My prayer for all of them is that they will be one 
(supaya mereka semua menjadi satu)…





Pope John Paul 11 (1994), mengakui hal ni, dalam karya “Crossing the Threshold of Hope(random house, new York) 1994, m/s 140

Christian are more deeply aware that the divisions existing between them are contrary to Christ’s prayer at the Last Supper: “that they may all be one…

(penganut kristian menyedari wujudnya perselisihan dikalangan mereka menyalahi doa al-Masih ketika santapan terakhir “…supaya mereka menjadi satu”








Kalau nak dalami ajaran Kristian ni (Kitab Genesis, Kitab Matthew…Kitab Perjanjian lama, Kitab Perjanjian Baru)senang2 tengok syeikh ahmeed deedat…
Saya tidak dapat terima penulisan St. Paul of Tarsus… … baik kitab Matthew dgn St.James tu logik skit…




Senarai bible: 73 buah kitab (gereja roman katolik) 66 buah kitab (gereja protestan) mereka tolak 7 buah kitab yang diakui gereja katolik…(apocrypha: kitab2 yg tersembunyi atau diragukan kesahihannya)

Agama Kristian sudah tidak diterima dengan baik di negara barat, mengalami penurunan di Eropah, tetapi semakin meningkat di Afrika dan Asia.





Jesus berpegang teguh dengan ajaran Taurat/Torah(Musa a.s)
Sabdaan Jesus dalam ungkapan Matthew 5:17-18

Don’t misunderstood why I have come. I did not come to abolish the law of Moses or the writings of the prophet. No, I came to fulfil them. I assure you, until heaven and earth disappear, even the smallest detail of God’s law will remain until its purpose is achieved.

(Janganlah kamu salah faham tentang tujuan aku diutuskan. Aku bukan diutuskan untuk menghapuskan hukum Taurat atau kitab para nabi yang lain. Tidak sekali2, tetapi aku diutuskan untuk menggenapinya(melengkapkan lagi). Aku menjamin, sehingga syurga dan bumi hancur, walaupun sekecil2  hukuman dari Tuhan(Taurat) akan kekal sehingga tujuannya dicapai)

Jesus mewajibkan pengikutnya mengikuti hukum taurat yang dinyatakan golongan pendeta.





(rujukan:7 Persoalan Berkenaan Asas- Asas Agama Kristian (mohd amin yaacob,Lim Jooi Soon)
(Mengulas Karya saudara mohd farhan Abdullah “Kristianisasi dan gejala murtad di Malaysia” )

......................................................................................................................................................

And Hindu’s religion
Back to the past....

Mereka mengamalkan adat sathi, bakar isteri bersama-sama dengan mayat suami, kemudian bila British menjajah negara mereka, adat itu dilupuskan oleh British.

Adat kasta, membezakan taraf manusia...kasta tinggi dan rendah...

Arab Jahiliah  bunuh anak perempuan atau tanam hidup-hidup, kerana dianggap mereka ini akan membawa malang pada keluarga (Islam datang hapuskan tradisi itu, tak ada sistem kasta, semua manusia sama saja di sisi Allah)

di perkampungan Cina puluhan tahun yang lalu, mereka melemaskan bayi perempuan dalam sungai… (penulisan dr. Ang Swee Chai , penyataan ibu beliau)…

Buddha? who actually he is? My teacher said, it is not religion, Buddha is a man...a good man

(insyaallah saya banyakkan pembacaan lagi, saya minta maaf jika mengguris hati mana-mana pihak)
...................................................................................................................................................




"Org Israel selalu berkata bahawa mereka boleh menjadikan padang pasir yang kering-kontang sebuah ladang yang hijau terhampar... tetapi saya sebenarnya dilahirkan di sebuah ladang oren dan nenek moyang saya telah berkurun-kurun lamanya menanam pohon-pohon oren. Mereka telah menghalau kami. Kami kehilangan tempat kediaman dan ladang. Kami akhirnya menjadi orang pelarian...".



"Keluarga saya juga terpisah-pisah. Ibu dan adik-beradik perempuan saya melarikan diri ke Jordan. Salah seorang adik-beradik lelaki saya sekarang berada di Arab Saudi. Seorang lagi berada di Yaman, dan yang seorang lagi berada di Kuwait. Ayah pula mengambil keputusan untuk tinggal di Tebing Barat dan saya juga turut tinggal bersama ayah... Malangnya kehidupan kami di Tebing Barat amat sukar dan ketika berusia 13 tahun... saya lari dari rumah kerana tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan sedemikian"...


"Saya menetap di Beirut dan berjaya memasuki sebuah universiti di situ. Jadi ahli keluarga kami bertaburan merata-rata tempat. Harapan saya suatu hari nanti kami akan dapat kembali bertemu antara satu sama lain... 

Dimana letaknya Palestin? Cubalah buka peta cari mana Negara Palestin... atau kalau cari kat peta dunia google jgn type P-A-L-E-S-T-I-N-E TAPI type I-S-R-A-E-L. itulah Palestin yang dijajah. 

"Pihak penjajah menghalau hampir satu juta rakyat Palestin pada tahun 1948"

"Mereka bukan saja merampas tanah dan harta benda kami, tetapi juga mengubah nama negara kami kepada Israel. Penduduk yang enggan keluar bagi mempertahankan harta benda mereka, dihukum dengan kejam. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini"...

"Doktor, kamu harus melihat Palestin, kalau kamu sampai ke sana, tolonglah tengok-tengokkan sama ada rumah ayah saya masih berada di sana dan kirimkan gambarnya sekali sekiranya ada"...

Seorang pemimpin Israel memberitahu pihak media, walaupun beliau kesal dengan jumlah yang terkorban , tetapi jika seseorang hendak membuat telur dadar, maka terpaksalah kulit telur dipecahkan dahulu!"
(anggapan Israel org di Lubnan sama nilai macam kulit telur)
Mengebom orang awam adalah cara paling jijik untuk berperang.

"Ketika saya tidak begitu pasti tentang apa yang hendak dilakukan dengan hidup, adik lelaki saya menggalakkan saya supaya mengambil bidang perubatan. Apabila saya berhadapan dengan realiti bidang perubatan yang sukar, ibu bapa saya pula telah berjaya memujuk supaya saya meneruskan pengajian"

Saya sentiasa berasa amat bertuah kerana terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa2 ini. Ini adalah anugerah istimewa daripada Tuhan yang merahmati saya untuk turut serta dalam kembara mereka menuntut keadilan.

"Saya masih ingat bagaimana saya mula2 tiba di Sabra dan Shatila sebagai seorang pentaksub Kristian fundamentalis yang berprasangka dan megah. Saya mempercayai kebaikan negara-negara "Kristian" Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI."

Namun pada pagi 18/9/1982, iaitu hari terakhir tragedi pembunuhan beramai2 di Sabra dan Shatila, saya keluar dari dewan pembedahan di tingkat bawah tanah Hospital Gaza, hanya untuk menyaksikan timbunan jasad yang remuk di lorong2 kem tersebut, saya tergamam, sedangkan selama 72 jam saya bertungkus-lumus menyelamatkan beberapa nyawa... ( dekat luar bertimbun orang mati kena bunuh) Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal di hati saya.



Saya memohon pengampunan Tuhan lalu berdoa............



"Wahai Tuhan, saya telah menghabiskan masa lebih 30 tahun menafikan kewujudan rakyat Palestin. Saya membenci orang Arab. Penglihatan saya kabur kerana sikap prejudis(orang Arab Pengganas). Ampunkan saya. Tunjukkanlah saya cara untuk membaiki kesilapan. Benarkan saya menghabiskan 30 tahun akan datang untuk menolong rakyat Palestin. Jadikanlah saya sahabat mereka".


Tuhan Maha Pengampun. Rakyat Palestin menerima saya dengan tangan terbuka. Tiba-tiba saya bukan lagi jasad tanpa nyawa. Tuhan telah mengisi jiwa saya dengan rasa cinta dan kasih kepada Rakyat Palestin. Dia telah mengembalikan kehidupan saya.

Sedikit demi sedikit, Dia telah membawa saya ke pihakNya. Ramai kawan2 Kristian Zionis memulau saya. Mereka enggan bercakap dengan saya lagi kerana saya mengasihani kaum "Philistin". Namun saya tidak berasa takut..

Justeru pada ulang tahun ke 25(15/9/1982-15/9/2007) tragedi pembunuhan beramai-ramai, saya merayu rakan2 pembaca supaya membuka hati masing2 kepada kebenaran dan keadilan.
Semoga Tuhan memberikan kamu penghormatan untuk turut menyertai rakyat Palestin dalam perjalanan pulang mereka dari "Beirut ke Jerusalem"

(Petikan dari buku "Dari Beirut ke Jerusalem", penulis: Dr Ang Swee Chai... )
Edisi bahasa Malaysia di terbitkkan oleh HARAKAH...

Saya kagum sangat dengan Dr Ang Swee Chai(perempuan) , banyak yg dapat kita belajar dari dia...

Totally I want to be there... it make me sad think of this( i didnt lie) ha.ha... But i must prepare, myself first... Allah if Dr Ang (Christ) you choose her to be there,... Why not me, to be there too... i'm muslim...and yet... there are full with my sis and bro..

....................................................................................................................................................................




[1] Lihat Injil, Matius Bab 5:19 sampai Bab 10:25