song

Loading...

Sunday, July 31, 2011

100 impian!!

video

Salah satu impian saya...menjadi aktivis...Misi Kemanusiaan bersama Gaza...

Bacalah solusi Isu No.34, m/s 101-104
Moga saya pun boleh jadi macam diaorang...
Tahniah Saudara Yusuf, saya tak perasan pun (dia bekas pelajar KIPSAS, ketua MPP),
 (Chinese convert to Islam)...
Datang ke KIPSAS, untuk belajar ilmu agama diam-diam, rahsia dari pengetahuan keluarga .

Misi Kemanusiaan BERSAMA-Gaza 15 Dis 2011-5 Jan 2012
So sape yang nak sumbang (di bulan RAMADAN yang mulia ni!!!)
akaun Agro Bank: 2-00-5561-00001319-0 atas nama "Misi Kemanusian BERSAMA-Gaza"
@ hubungi Yusuf Tan: 012-9595264 @ e-mel:joseph89almarlizi@yahoo.com


video yg dekat bawah ni.. saya ambil dekat blog Auriss Haira ^_^. Pergi melawat blog orang tu... Selamat pulang ke Malaysia...

video

video

Sahabat,
marilah kita sama-sama perbaiki diri...menjadi yang lebih baik

Sahabat
Kadang-kadang aku tak tahu macam mana nak menghargai
kehadiran korang dekat sekeliling aku
jadi aku selalu mohon pada Allah
Moga Allah aku mengikat persahabatan ini
dengan Zat-Nya Ar-Rahim

Sahabat: Assalamualaikum, sahabat boleh tak ajarkan saya tentang ilmu agama...awak pernah bagi semangat pada saya dulu, tapi sekarang semangat saya dah hilang.Hati saya tak tenang.Saya nak kan ketenangan, saya harap awak dapat bimbing saya, saya tak kuat...sahabat...

Aku: Insyaallah, sahabat Allah itu maha Pengampun Allah itu maha Pengasih, saya pun dah banyak tersalah langkah. Moga Ramadan yang mendatang ini, mampu ubah segala kesilapan kita...Awak janganlah sedih, sahabat yang Allah hadirkan dalam hidup awak, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Saya sayang awak kerana Allah.

Sahabat: Sahabat, saya banyak buat silap dan dosa, saya betul-betul nak berubah, sebab itu saya harapkan teman seperti awak yang dapat bantu saya. Terima kasih sebab sudi tolong saya.

Aku: Kita sama-sama berubah ye, insyaallah. Moga2 Allah terima perubahan kita yang sikit ni. Sikit-sikit lama -lama jadi banyak. Insyaallah....


(Ingat lagi, hari Jumaat tu, saya tengah baca ma'surat, saya malu, semua ayat al-Quran tu saya baca dengan perasaan serba salah, macam tak kena je,...mungkin saya tengah rasa malu dengan Allah, sebab saya cakap tak serupa bikin, jadi kawan saya teringatkan saya,.. Allah mahu saya berubah...mahu saya berubah jadi lebih baik... puas saya minta, tiap kali sujud, moga Allah bantu saya perbaiki ibadah saya yang compang-camping, saya dah tak tau nak buat apa...Manelah saya ni mampu bimbing orang... diri saya sangatlah kacau-bilau...saya hanya mampu tunjukkan cerminan saya, untuk tatapan sahabat... kadang-kadang dalam cermin tu saya nampak sangat smart, dan selalunya serabai dan tak kemas...)
(Saya termalu sendiri bila dapat sms tu, Allah tegur saya melalui cerminan seorang sahabat)

Saya selalu minta sihat dekat Allah, sebab saya tahu perasaannya bila Allah tarik nikmat sihat.Dulu, saya minta pada Allah untuk sakit, sebagai kaffarah penghapus dosa saya...terus satu hari saya KO... .dunia saya terus berpusing-pusing...terus saya minta sihat hehe..terus sihat balik esok...
(tu la sombong sangat...padan muka, macam kuat sangat)
Confirm saya tak minta sakit lepas 2, cukuplah sakit mati....tak nakk sakittt...

Tapi bila Allah bagi kita kena terima kann?? Kita kena sabar kann? Kita kena reda kannn?

K...KAWAN-KAWAN cuba baca cerita niyy... saya pun tak habis baca lagi dekat sini..Syahadah Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist...baca dekat scribd










Tuesday, July 26, 2011

UKM

Qurratul A’in Al-Azra

Ya Allah, ujian yang menimpa ini terasa pahit untuk ditelan, bagaikan duri yang di selaputi racun mencucuk-cucuk tangkai hati ini. Allah apa pilihan yang aku ada? Sudah puas aku merahsiakan diri ini, tetapi kenapa semuanya terbongkar begitu saja…

Datanglah semua makhlukMu pada diri aku yang hina ini, datanglah semua sekali, pasti aku palingkan wajah ini. Buat para kekasihMu, memang rindu, aku mahu bertemu mereka, tetapi semuanya sudah berubah…segalanya.

Wahai makhluk yang dimuliakan Allah, amat bertuah dirimu dirahmati dan terpilih sebagai hamba yang dikasihi, dicintai kemana saja kakimu melangkah, disegani kawan mahupun lawan.. Tetapi kenapa berhenti, kenapa terpaku pada perhiasan dunia yang tiada nilai langsung, sudah lupakah pada matlamat terakhir?
Aku bukan untuk diri kamu. Aku tercipta kerana Dia mahu aku di sini. Aku adalah ujian yang suatu hari nanti akan fana, Dia adalah untuk dirimu, Dia adalah yang hak,wujud, kekal abadi buat selamanya.

Allah betulkan keputusan yang aku buat ini…??? Allah, ibuku juga reda dengan keputusan aku ini. Aku berharap aku tidak tersasar dari jalan Islam. Allah, Engkau membolak-balikkan hati ini, maka Engkau jugalah yang akan menetapkannya, sehingga hati ini terasa tenang.

Allah, dalam hati, dalam ruangan kosong yang Kau letakkan segumpal darah panas, terasa alirannya mengalir kesetiap penjuru tubuh yang KAU pinjamkan ini. Allah ia sebenarnya amat menyakitkan diri aku.

Kisah aku bukan seperti Zulaikha yang menyintai Yusuf a.s….kisah aku juga bukan seperti percintaan agung Zainab bintu Rasullah dengan suaminya Abu Ash… Hidupku berbeza sekali dari mereka, hamba-hamba yang mulia di sisiMu. 

Tapi Allah, dalam diam, aku punyai mimpi, yang sering aku angankan,
aku rindu sekali untuk berbaring di ribaan Ibu Maryam, aku ingin menjadi dikalangan anak-anak yang berteduh bersama Ibu Maryam… Allah aku terbiar, bukan benih pilihan, aku iri, kerana Isa a.s punyai seorang ibu yang sangat mulia…

Setiap kali aku teringatkan Rasulullah, Allah Kau lebih mengetahui apa yang aku gambarkan.  setiap kali teringatkan Rasulullah, aku mengharapkan aku punyai seorang atuk … amat bertuah sekali Hassan dan Hussain.
Allah setiap kali aku terpandang wajah mereka yang beriman, Allah Kau Maha Mengetahui apa yang lahir di hati ini…ia hanya perkataan ayah…, akhirnya aku tak mampu lagi untuk berhadapan dengan mereka, hanya doa yang aku mampu hadiahkan buat mereka, sebagai bukti aku sangat menyayangi mereka. Mungkin sekadar surah Ar-Rahman ku titipkan buat mereka..

Ia amat menyakitkan ya Allah, masih terakam kemas memori semasa aku berada di tingkatan tiga, kerap kali aku kemurungan, dan Kau menenangkan aku dengan kalam suciMu, dari surah Luqman… Setiap bait dari ucapan Luqman Al-Hakim pada anaknya, menusuk ke dalam hati aku. Aku jadikan itu sebagai galang ganti, kata-kata seorang ayah yang amat aku rindui… setiap kali nasihatnya,di mulakan dengan ya bunaiya (wahai anak kesayanganku), aku terpana, merembes keluar cecair jernih dari kolam mataku… Itulah ayahku, aku menumpang kasih dari insan soleh itu.,,

(dalam bahasa arab bunaiya adalah panggilan paling lembut)

Allah bagaimana aku ingin menerima setiap makhlukMu yang meminta, hatiku kosong, setiap kali aku memandang kearah warna matahari terbenam, hati aku ini seolah diketuk-ketuk, aku rasa kehilangan, rindu aku hanya untuk Engkau ya Allah. Aku mohon ampun padaMu ya Allah, kerap kali ku ulangi kata-kata dari surah Maryam: ya laitani,mittu qabla haza wa kuntu nasyan mansiyya….
…………………………………………………………………………………….

^_^. Hehe sempat lagi sambung tulis…

Haa dah buat keputusan dah nak,buat praktikal dekat mana. UKM insyaallah. UKM Gombak kot. Kalau USIM???

 Sebenarnya yang suka menangis baca surah Maryam ni mama saya hehe. Bila sampai je ayat yang Maryam, nak melahirkan Isa a.s dekat bawah pokok kurma tu, suara mama saya dah tak terdengar dah… lepastu saya 
pun tumpang la sedih sekali…

Ok tata…penulisan ni takde feeling sebab, masih dalam tazkiyatun Nafs… huhuuuu

Kata hikmah dari Said Nursi pemikir dan sufi abad 20, pandangan beliau tentang Daulah Usthamaniyah (kerajaan Islam yang last sekali) vs Peradaban Eropah

:::Daulah Uthmaniyah adalah seorang wanita yang sedang mengandungkan janin Eropah yang akan lahir suatu hari nanti. Sedangkan Eropah pula adalah seorang wanita yang mengandungkan janin Islam yang akan lahir suatu hari nanti…..

Mari berfikir…^_^.

Sunday, July 17, 2011

Arabic Song


قطرة الماء (Titisan Air/Water Drop)





Arabic Nasheed by Children - 01



Arabic Nasheed by Children - 02



Arabic Nasheed by Children - 03


Arabic Nasheed by Children - 04



Teks Pengerusi Majlis (Arab)

Assalamualaikum ^_^.

Teringatkan??, saya terhenti kejap, tak sempat pun nak buka laptop hehe...

(sori ye yang baca, sekejap saya guna saya/aku/ana... serabut betul) 

Baru-baru ini, saya jadi Pengerusi Majlis, untuk versi Arab.

Macam mana perasaan saya??? Mestilah gembira, cuak, sedih, gementar semuanya bercampur-aduk. Sampai saya tidur 2 jam ke 1 jam je hari tu,puas berlatih, puas menangis hehe, cuak nak mengadap beratus manusia, karang kalau tersilap sebut kang... i want to do the best, for my BATI group, for my ustaz and ustazah, saya nak jadi contoh untuk mereka yang lain,dan harap kawan-kawan dan adik-adik BATI yang lain,lepas ni insyaallah korang pulak ye. Hidupkan semula bahasa Arab and build our self esteem.



(Kan bagus, kalau saya punyai semangat yang seperti itu, untuk persiapan hari mati,untuk alam kubur saya, saya rasa malu dengan diri sendiri, jadi menyebabkan saya bertambah cuak, dan sedih. Saya sedih untuk berhadapan dengan pensyarah-pensyarah yang saya sangat sayang dalam diam.)

Saya nak berterima kasih sangat kat sorang tu (sapa yang pakai perfume,dialah yang bau wangi!!), terima kasih sangat sebab, buatkan teks tu,terima kasih sebab siap beri latihan intensif, hanya Allah saja yang dapat balas. Moga sakit kepala tu, insyaallah akan sembuh dan hilang. Teks yang sebelum ni hilang, MPP jaga la elok-elok teks ni ye, terima kasih ye kat bendahari MPP, sebab  bagi peluang ni. Tapi saya sempat prepare, beberapa jam je. Saya tahu dan faham semua sibuk, dan terlepas pandang nak bagi tau awal-awal. 

(Tapi semua ni aturan Tuhankan? Tapi untuk masa hadapan boleh diperbaiki lagi, insyaallah)

Ni salah satu impian saya, pengalaman ni amat bermakna. Sebab saya seronok dapat buat apa yang sahabat saya pernah buat, seorang sahabat yang saya sangat rindu, hebat dalam berbahasa Arab, english, debater...(tapi saya tak berkesempatan, untuk masuk debate, saya Cuma tengok latihan yang dia buat) saya harap sangat dapat jadi macam dia. Mana tahu satu hari nanti saya berjumpa dia balik, dalam pertandingan debate... (mesti saya cuak lagi...)#_# 

 Perjalanan saya masih jauh.Dan ustazah, terima kasih, pujian ustazah bukan buat saya bangga dengan diri, tapi ia sesuatu yang memotivasikan,sebab saya tahu yang keluar dari mulut saya ni, banyak kekurangannya...

Ustazah: tak pe je(sebab saya tak sempat habiskan ayat akhir), tapi sebutan arab awak bagus...

Saya harap sahabat-sahabat saya juga akan dapat peluang ini. Saya sangat sayang dengan korang semua, Allah saja yang tahu, apa yang ada dalam hati ni.

Bila saya takut sangat, ma saya la tempat saya minta doa, seronok  ada ma, doa mak kan makbul. Sayang mama
.................................................................................................................................................................
Saya: Ma, takut,ma doala kat orang, mjlis start pkl 9 huhu

Mama: Baca la insyirah, slwat manyak2,aiya, ma doa insyaallah

Saya: tq ma, takut huhu, confirm x tido mlm ni.

Saya: Ma,huuu…kwn org kata, muka org selamba. Ma doa ye..( saya panic, duk dekat dpn 2)

Mama: Doa la ni, Malaysia Boleh, AWAK BOLEH! Caiyok…(hehe)
.............................................................................................................................................................

(last kali saya siap main game snake mkn buah, dekat depan 2 hehe, masa tunggu nasyid habis, tapi gementar tu tak hilang)

Lagi satu, kesian Madam, dia tak dapat masuk kelas, sebab pergi klinik. Mama saya dulu pun macam tu juga, magrain yang teruk (madam insyaallah tak teruk macam 2), tapi alhamdulillah lepas lahirkan kakak saya, dah hilang semua penyakit tu. Madam seorang ibu tunggal (4 orang anak), baru-baru ni, suami dia meninggal dunia. (She is a strong women, pray for her to be stronger). Kalau saya jumpa dia, senyum je memanjang.
.............................................................................................................................................................
Saya: hope u’ll get well soon, insyaallah.
Madam: Thank you. My blood pressure is good but he(doctor) said that i need to rest.haish...
Saya: okey, take ur rest ^_^.
........................................................................................................................................................

Ni kawan kat sebelah, sibuk dok cerita,senior-senior kitaorang dapat pegi u, Ukth Ainul (ni amik syariah kat sini) (Jordan), Yang ni semua BATI  Akh. Fahmi (UKM), Ukth Zatun (UPM), Ukth. Wani (USIM), Ukth Nadia UIA (org singapore), Akh Ku (UIA, 4 SEPT ni, mak dia tak kasi pegi Morroco) , Ukht. Huda Julai ni baru dapat result, sebab dia orang Singapore, dia apply UIA, Akh Mahathir pula tak apply UPU, sebab dia bajet nak sambung luar,amboi, moga-moga dapat insyaallah..Ni senior kpd senior (waktu kita masuk,diaorang sem akhir) Ukth Jannah (Indonesia), Ukth. Naquiyah (Syiria), Ukth Ain (UIA)...
(Best diaorang semua tu, hebatkan!! Saya harap. Saya pun boleh jadi macam diaorang dan macam orang sebelah saya (jangan bangga ye,nanti mau demam seminggu saya hehe)... amboi seronok beno duk gelak ke orang ish-ish...



Saya pula ke mana...? Moga orang sebelah saya ni, sahabat yang banyak tolong saya, dapatlah dia  pergi al-Bayt/Yarmouk/Mukhtah. Saya pulak?? saya tak nak sambung dalam,saya nak pergi jauh... jauh dari semua, Macedonia mula menghilang(bawa diri),jauh ke salah satu bumi Anbiya, saya juga harap, saya akan dikebumikan juga dekat salah satu bumi suci Anbiya (tak salahkan berharap, bermimpi,berdoa).  Tapi pointer saya dah jatuh,sedihkan, entahlah kemana Allah akan hantar saya. Praktikal nanti nak buat dekat mana? Nantilah saya bagi tau, USIM, KUIN, UKM, UIA....  #_#... PENING

Even you have a lot of money, You can’t never ever buy friends
Even i’ve nothing,  i know everyone are always with me
Everyone know  me,
Everyone listen to my dream, and they wish for it to coming true,
What else i can say, God Bless you, my friend...
(Jazakumullah khoiron kasir, ya sohibi)
If many good things happened today
I  hope for tomorrow to be more even better
The sun is rising right now,and  it’s so beautiful,
And I pray for tomorrow, the sun will riseonce again...

ok ni teks untuk pengerusi majlis versi Arab



بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْمُحْتَرَم الفَخَامَة رَئِيسُ الْكُلِية بَهَانْج الإِسْلاَمِية السلطان أحمد شاه. داتوق   حاج هاشم بن عبد الهوب

ناَئِبُ الرَّئِيس الأَكاَدِيمي الأُسْتاَذ صلاحالدين بن حاج دوله
نائب الرئيس لِشُؤُونِ الطَّلَبَة السَّيِّد مخمد زمري بن وهب
نائب الرئيس الإِدَارَة والمَالِيَة السيد روسلي بن عمر

عُمَدَاءُ المَدَارِس, رُؤَسَاءَ القِسِم, المُحَاضِرِين و المُحَاضِرَات, رُؤَسَاءُ اللَّجَان, المُوَظَّفُون و المُوَظَّفَات, جَمْعِيَّةُ الطَّلَبَة لِلُعَام الفَيْن وَ عَشَرَة/ الفَيْن و أَحَدَ عَشَرَ , الطُّلاب و الطَّالِبَات بِكُلية بهانج الإسلامية السلطان لأحمد شاه.  
ززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززززز

ولآن يَسُرُّ المَجْلِس بِدَعْوَةِ (الأَخ/الأُخْت ........) لِقِرَاءَةِ الدُّعَاءِ. فَلْيَتَفَضَّل مَأْجُورَا.
آمين, يا رَبَّ العَالَمِين. شُكْرًا إلى (الأخ/الأخت....) عَلَى قراءة الدعاء قَبْلَ قَلِيل.
......................................................................

الآن يَتَشَرَّفُ الْمَجْلِس بِدَعْوَة رَئِيس جَمْعِيَّةِ الطَّلَبَة بكلية بهاج الإسلامية السلطان أحمد شاه لِإِلْقاءِ الكَلِمَة. فليتفضل مشكورا.
شكرا على كَلِمَتِهِ.
...................................................................
الأن يتشرف المجلس بدعوة مَجْمُوعَة قَصِيدَة (نُورُ الْمُصْطَفى) لإلقاء عَرْضِهِمْ. فليتفضل مشكورا.
شكرا إلى مجموعة قصيدة.
....................................................................
الآن يتشرف المجلس بدعوة الفخامة رئيس الكلية بهانج الإسلامية السلطان أحمد شاه داتوق الحاج هاشم بن عبد الوهاب لإلقاء الكلمة.فليتفضل مشكورا.
شكرا إلى الفخامة على كَلِمَتِهِ و نَصِيحَتِهِ الْمُفِيدَة.
....................................................................
فليتفضل مشكورا
شكرا على نشيدهِم المُمْتِع.
....................................................................
نَكْتَفِي بِهَذَا القَدَر وَنَشْكُرُكُم جَمِيعًا على مُشارَكَتِكُم مَعَنَا في هَذِهِ الجِلْسَةِ المُبارَكَة و نَطْلُبُ مِنْكُم العَفْوَ والسَّماحَة على النُقْصان و الْأَخْطَاء طُولَ رَئِاسَتِنا في هَذِهِ الحَفْلَة. ونَخْتَتِم هذه الجِلْسَة بِقِرَاءةِ سُورةِ العصر و كَفَارَةُ الجِلْسَة. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. 
    
Macam ni je terjemahan dia secara ringkas…..
Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Yang Hormat Dato Hj Hashim B Abdul Wahab
Naib Presiden Hal Ehwal Akademik Ustaz Solehuddin B Hj Dollah
Naib Presiden Hal Ehwal Pelajar Tuan Mohd Zamri B Wahab
Dekan-Dekan Sekolah Pengajian
Ketua-Ketua Jabatan
Pensyarah-Pensyarah
Ketua-Ketua unit
Pegawai-pegawai tadbir, kakitangan dan staf sokongan
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2010/2011
Serta siswa dan siswi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Sekarang Majlis menjemput (......)untuk membacakan doa.....
Ulang2 ayat yang sama...then penutup
Maka berakhirlah Majlis Perjumpaan  Pelajar. Terima kasih kepada semua warga dewan kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini dan kami memohon maaf atas segala salah dan silap yang dilakukan. Majlis diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-A’rs

Siap dah.... bye.... Bolehlah korang semua copy paste.



Monday, July 11, 2011

Study



^_^. Esok insyaallah ada ujian Fiqh Lughah... khusyuk study orang dekat atas tu. Aku kena hafal lapan muka surat hehe. Jawabnya tak tidurlah. Tak sempat nak tulis apa-apa. English pun baru hafal dua perenggan, haha, berangan jadi debater...


Kawan-kawan nanti aku masukkan nota fiqh lughah dekat sini... Nak hafal ni bye...


Wada'an..(Jumpa lagi)